Selamat Datang

Selamat Datang ke laman web rasmi Kelab Komputer SMK Tinggi Sarikei

Tuesday, June 28, 2011

PERLEMBAGAAN KELAB KOMPUTER

1. NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Kelab / Persatuan : KELAB KOMPUTER

1.2 Alamat : SMK Tinggi Sarikei

5.5 Km , Jalan Repok ,

96100 Sarikei.

1.3 Alamat laman web : http://sts-computer-club.blogspot.com

2. MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta dapat menggunakan Teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

3. OBJEKTIF

Kelab ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai:

3.1 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.

3.2 Dapat mernainkan peranan sebagai orang yang berpengetahuan dalam teknologi ICT m dalam enyampaikannya kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.

3.3 Memberi peluang kepada setiap pelajar mempelajari Teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman dan pembelajaran.

3.4 Memberi peluang kepada setiap pelajar mengembangkan potensi secara optimum untuk menghadapi cabaran glokal.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua pelajar yang berminat.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan dan bersetuju membayar yuran yang telah ditentukan

4.3 Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak , merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti kelab dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli Jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri

(a) Pengerusi

(b) Naib Pengerusi

(c) Setiausaha

(d) Penolong Setiausaha

(e) Bendahari

(f) Penolong Bendahari

(g) Ahli Jawatankuasa ( 4 orang )

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1 Pengerusi

(a) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

(b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 7.2 Naib Pengerusi

(a) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

(b) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketidakhadiran pengerusi.

(c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

(a) Menguruskan hal-hal surat-menyurat.

(b) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kelab.

(c) Mencatat kehadiran ahli.

(d) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

(e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

(f) Mengemaskini laman web kelab.

7.4 Penolong Setiausaha

(a) Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

(b) Menjalankan tugas setiausaha semasa ketidakhadiran setiausaha.

(c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

(d) Membantu setiausaha mengemaskini laman web kelab.

7.5 Bendahari

(a) Bertanggungjawab dengan pengurusan semua hal kewangan kelab.

(b) Membuat dan menyimpan akaun / kira-kira kelab serta bertanggungjawab ke atas kesahihannya.

(c) Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

(d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

(e) Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

(f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

(a) Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketidakhadiran bendahari.

(b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

(a) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

(b) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

(c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

(d) Menjadi wakil bagi setiap tingkatan yang diwakili untuk menyampaikan program dan aktiviti kepada tingkatan yang diwakili.

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui yuran ahli kelab dan derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Sumber kewangan juga boleh diperolehi melalui aktiviti kelab.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua perjumpaan kelab / aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

9.2 Ahli yang gagal berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan disiplin (oleh pihak sekolah) dan potongan markah kokurikulum boleh diambil terhadap ahli yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada semua ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 11.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut

(a) Amaran lisan

(b) Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli , ahli Jawatankuasa , Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.2 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan mem
bincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.

14. PEMBUBARAN KELAB

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati ia tidak diperlukan lagi mengikut
keperluan sekolah atau sudah melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Setiap ahli perlu sentiasa menjaga imej kelab dan seterusnya imej sekolah.

Saturday, June 25, 2011

Gambar-gambar sekitar aktiviti Kelab Komputer

Tutorial sedang dijalankan


Tunjuk ajar oleh tutor berpengalaman




Memantau perlaksanaan

Wednesday, May 18, 2011

Pertandingan Mencipta Logo Kelab Komputer STS

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. HADIAH

Pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai berjumlah RM50 beserta sjil manakala wang sagu hati bernilai RM10 setiap satu disediakan untuk 5 peserta yang lain. Semua peserta akan diberikan Sijil Penghargaan.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

(a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Komputer yang berminat dan berdaya kreatif termasuk Ahli Jawatankuasa Kelab.

(b) Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan.

(c) Kriteria Pengadilan Bercirikan : Visi dan Misi Kelab Komputer dengan menerangkan maksud warna-warna latar logo ciptaan yang digunakan berdasarkan fungsi dan peranan kelab.

(d) Semua ciptaan logo hendaklah asli.

(e) Logo yang dicipta hendaklah berukuran 6 inci x 6 inci dan ditampal atau dicetak di atas kertas A4.

(f) Maksimum bilangan warna yang digunakan dalam reka cipta logo adalah tiga (3) Warna tidak termasuk hitam dan putih. Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah boleh dibaca.

(g) Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan.

(h) Nama dan tingkatan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. (nama tidak perlu dinyatakan)

3. KEPUTUSAN PANEL PENGADIL PERTANDINGAN

Keputusan Panel Pengadil Pertandingan Mencipta Logo Kelab Komputer adalah MUKTAMAD.

4. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Borang penyertaan berserta logo ciptaan hendaklah sampai kepada Urus Setia, Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Logo Kelab Komputer STS selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 Jun 2011.